gravatar

Panduan tugasan Kenegaraan Malaysia


Malaysia ialah sebuah negara merdeka yang berdaulat dan telah menyambut kemerdekaan yang ke-54 pada 31 Ogos 2011. Baru-baru ini, ada pandangan yang menyatakan negara Malaysia tidak pernah dijajah.
Berikan pandangan dan hujah mengenai perkara ini.




http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Tanah_Melayu_Tidak_Pernah_Dijajah_British.html


Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British

09/09/2011 20:41:00 

Ini pula fakta sejarah negara yang disahkan oleh Majlis Profesor Negara, MPN.

Malaysia atau Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British, tetapi cuma diletakkan di bawah naungan British dan diiktiraf kedaulatannya.

Hanya tiga negeri, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang menjadi tanah jajahan British.

PROF DATUK DR ZAINAL KLING / KETUA KLUSTER SEJARAH, WARISAN DAN SOSIO BUDAYA MPN
Maka fakta sejarah dan perspektif sejarah ni mesti di ubah. Jangan lagi menyebut kita terjajah selama 400 tahun, itu adalah kesalahan yang amat besar. Kita tidak pernah terjajah kecuali kita hanya terjajah 2 tahun di zaman Malayan Union dari awal 1946 sampai akhir 1947. Dua tahun sahaja kerana rancangan Malayan Union untuk menjadikan Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu sebagai direct rule dari London melalui govenor yakni koloni. Maka itu saja tempoh kita terjajah. Selainnya kita tak pernah terjajah kecuali zaman Jepunlah. Jepun tu datang untuk menakluk maka mereka menang selama 3 tahun.

Menurut Profesor Datuk Doktor Zainal, jajahan dan naungan membawa pengertian berbeza dari sudut sejarah pemerintahan Tanah Melayu sejak sebelum merdeka.

Ia kerana sebagai negara di bawah naungan kerajaan British, pemerintahan Tanah Melayu ketika itu tertakluk di bawah institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Justeru, tuduhan anggota polis, pemimpin parti politik dan pegawai Melayu sebagai kakitangan British adalah tidak benar dan bercanggah dengan fakta sejarah.

Sebaliknya, golongan berhaluan kiri seperti PKM yang menentang polis adalah golongan yang menentang pasukan keselamatan Tanah Melayu.

PROF EMERITUS DATUK DR ZAKRI ABDUL HAMID / PENGERUSI MPN
Kita di sini ingin membetulkan sebarang fakta ataupun interpretasi yang mungkin tidak betul. Itu yang kita mahu buat. Jadi kita punya respon ini bukannya respon dalam konteks politik. 
 
8 wakil MPN hadir pada pada sidang media khas ini bagi menjelaskan fakta sejarah sebenar yang cuba dicemari pihak tertentu.

MPN juga akan menganjurkan bengkel dan sessi penerangan bersama Universiti Perguruan Sultan Idris, UPSI, berhubung fakta berkenaan tidak lama lagi.




Banyak lagi yang leh view kat youtube especially covered in 

Forum Rakyat: Kajian Semula Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Negara
Tarikh: 12 Sept 2011
Tempat: Dataran Stadium Mohamed ke IV Kota Bharu

dan 

Forum  "Apa Kebenarannya: Mat Indera, Tak Dijajah & Propaganda Umno"
Tarikh: 9.30, Rabu 21 Sept 2011
Tempat: Markas PAS Pusat Taman Melewar

serta 

Wacana Sinar Harian siri 7 : Merdeka.Wajarkah Sejarah Ditulis Semula? 
Tempat: Auditorium karangkraf di Shah Alam.
Moderator :Sayed Munawar.
Ahli panel :
YB Dr.Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran) ,
Prof Datuk Mohamad Abu Bakar (Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya) , 
YB Saifudin Nasution (Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat) , 
Profesor Datuk Dr.Ramlah Adam (Pakar Sejarah,Majlis Profesor Negara-MPN).