Archives

gravatar

JADUAL WAKTU KULIAH SEMESTER APRIL SESI 2012/2013 (MUKTAMAD) UPDATE


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Portal Pace dah leh bukak ... Dah habis tarikh daftar baru nak menjengah... bz celebrate new year kowt.. :P

so, Leh get ori copy of Jadual Muktamad dari Jadual Kuliah

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


post on dec 27th 2011

Salam n Hi,

Website pace masih gagal di akses, uih ( sama taraf cam HRMIS daaa )

TQ atas jasa baik Cik Mariam dari PACE sebab faks kan jadual muktamad !
Jasa mu dikenang!

JADUAL WAKTU KULIAH SEMESTER APRIL SESI 2012/2013

p/s : abaikan update time bagi file tersebut sebab its altered from original tentative copy according to fax copy 



gravatar

pre reg for next semester


Go to 




Enter ur id / password



Go to menu frame (on ur left)



gravatar

Bersemuka dengan puan aharoni!

kali pertama ku bertemu puan aharoni ialah apabila membuka slide bab 2 etnik (puan lin yang buka..ngee)




gravatar

Final Paper Compilation for Sem 2

Dah nampak countdown di atas? Sila berasa ngeri sebab value nya akan berkurang dari minit ke minit..
Kuikui.. Okay. Aku terpaksa upload file ni dalam http://www.datafilehost.com sebab office aku block 4shared and mediafire .....

memang sebelum ni ada yang dah upload, namun setelah diteliti, ada page yang sesat dan blank.. :) sowi sape yang dah dload :) so, untuk yang nie sila  semak sebelum print sebelum aku disumpah2 kerana tidak wat re evaluation. Kalau backdated sangat memang aku x amek.. Sorry ek


GMGF1013bpm

SADN1033bpm

SADN1043bpm

STID1103bpm


gravatar

Panduan tugasan Kenegaraan Malaysia


Malaysia ialah sebuah negara merdeka yang berdaulat dan telah menyambut kemerdekaan yang ke-54 pada 31 Ogos 2011. Baru-baru ini, ada pandangan yang menyatakan negara Malaysia tidak pernah dijajah.
Berikan pandangan dan hujah mengenai perkara ini.




http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Tanah_Melayu_Tidak_Pernah_Dijajah_British.html


Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British

09/09/2011 20:41:00 

Ini pula fakta sejarah negara yang disahkan oleh Majlis Profesor Negara, MPN.

Malaysia atau Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British, tetapi cuma diletakkan di bawah naungan British dan diiktiraf kedaulatannya.

Hanya tiga negeri, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang menjadi tanah jajahan British.

PROF DATUK DR ZAINAL KLING / KETUA KLUSTER SEJARAH, WARISAN DAN SOSIO BUDAYA MPN
Maka fakta sejarah dan perspektif sejarah ni mesti di ubah. Jangan lagi menyebut kita terjajah selama 400 tahun, itu adalah kesalahan yang amat besar. Kita tidak pernah terjajah kecuali kita hanya terjajah 2 tahun di zaman Malayan Union dari awal 1946 sampai akhir 1947. Dua tahun sahaja kerana rancangan Malayan Union untuk menjadikan Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu sebagai direct rule dari London melalui govenor yakni koloni. Maka itu saja tempoh kita terjajah. Selainnya kita tak pernah terjajah kecuali zaman Jepunlah. Jepun tu datang untuk menakluk maka mereka menang selama 3 tahun.

Menurut Profesor Datuk Doktor Zainal, jajahan dan naungan membawa pengertian berbeza dari sudut sejarah pemerintahan Tanah Melayu sejak sebelum merdeka.

Ia kerana sebagai negara di bawah naungan kerajaan British, pemerintahan Tanah Melayu ketika itu tertakluk di bawah institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Justeru, tuduhan anggota polis, pemimpin parti politik dan pegawai Melayu sebagai kakitangan British adalah tidak benar dan bercanggah dengan fakta sejarah.

Sebaliknya, golongan berhaluan kiri seperti PKM yang menentang polis adalah golongan yang menentang pasukan keselamatan Tanah Melayu.

PROF EMERITUS DATUK DR ZAKRI ABDUL HAMID / PENGERUSI MPN
Kita di sini ingin membetulkan sebarang fakta ataupun interpretasi yang mungkin tidak betul. Itu yang kita mahu buat. Jadi kita punya respon ini bukannya respon dalam konteks politik. 
 
8 wakil MPN hadir pada pada sidang media khas ini bagi menjelaskan fakta sejarah sebenar yang cuba dicemari pihak tertentu.

MPN juga akan menganjurkan bengkel dan sessi penerangan bersama Universiti Perguruan Sultan Idris, UPSI, berhubung fakta berkenaan tidak lama lagi.




Banyak lagi yang leh view kat youtube especially covered in 

Forum Rakyat: Kajian Semula Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Negara
Tarikh: 12 Sept 2011
Tempat: Dataran Stadium Mohamed ke IV Kota Bharu

dan 

Forum  "Apa Kebenarannya: Mat Indera, Tak Dijajah & Propaganda Umno"
Tarikh: 9.30, Rabu 21 Sept 2011
Tempat: Markas PAS Pusat Taman Melewar

serta 

Wacana Sinar Harian siri 7 : Merdeka.Wajarkah Sejarah Ditulis Semula? 
Tempat: Auditorium karangkraf di Shah Alam.
Moderator :Sayed Munawar.
Ahli panel :
YB Dr.Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran) ,
Prof Datuk Mohamad Abu Bakar (Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya) , 
YB Saifudin Nasution (Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat) , 
Profesor Datuk Dr.Ramlah Adam (Pakar Sejarah,Majlis Profesor Negara-MPN).



gravatar

Links to Ekonomi dalam Pengurusan Awam 1 GMGF 1013 Slides (Pn Juliana)












Credit to http://okt10kl.blogspot.com

gravatar

Kemudahan untuk sesiapa yang sangat suka APA system

Semester ke 2  dah! Jadi bak kata pensyarah, dalam semester 1 kesilapan dalam citation APA boleh dimaafkan lagi. Rasa letih kan kalau buat formatting. Dalam Microsoft Word 2007 memang ada features utk memudahkan kerja. Tapi kalau standard otak karat cam aku.. memang hape pun tak bolehhh...

Jadi, aku mula berkenalan dengan http://www.writecite.com

Cintanya berputik lantaran bibit-bibit kemalasan menyemak setiap satu noktah / koma / italics / what ever...


Go to the link and select APA style and choose type of your reference.
Senang cerita aku, nak cite 1 buku nie..


Nama penulis : Theusen, G. J. and Fabrycky, W. J
Tahun : 1984
Judul Buku : Engineering Economy.
Edisi : 6th ed.
Tempat terbit : Englewood Cliffs, N. J
Penerbit : Prentice-Hall.
hlm : 150–178.

So, after make few selections aku berada di page >>

http://www.writecite.com/students/apa/index.php

huhu.. baru perasan aku lupa letak page number.. apa ada hal.. hehe

kot panda mu lah ehhh....







gravatar

Tarikh Pertemuan dan Pendaftaran

Pendaftaran : 21 OCT 2011

Kelas 1 : 21 - 23 OCT 2011
Kelas 2 : 11 - 13 NOV  2011
Kelas 3 : 15 - 17 DEC 2011
Kelas 4 : 6 - 8 JAN 2012
Final exam : 13 - 19 FEB 2012

Jadi, untuk semester ni..




Dah boleh mula merancang untuk berjalan-jalan, pergi kenduri, dan study leave :P

p/s: calendar updated on Oct 3rd 2011



gravatar

Waktu Pertemuan

Sabtu
STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan @ 8pm

Ahad
SADN1033 Kenegaraan Malaysia @ 8am
VKMB1021 Pembangunan Masyarakat II @ 12pm

SADN1043 Hubungan Etnik @ 2.30pm
GMGF1013 Ekonomi Dalam Pengurusan Awam I @ 8pm


It's a Super Sunday!


gravatar

Soalan Struktur dan Essei Kenegaraan

SEMESTER PERTAMA SESl 2006/2007

1. Berikan EMPAT (4) kepentingan unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.
2. Nyatakan EMPAT (4) ciri-ciri Perlembagaan Malaysia.
3.Namakan DUA (2) dasar yang bertujuan untuk memupuk perpaduan rakyat Malaysia.
4. Jelaskan TIGA (3) kepentingan pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
5. Jelaskan EMPAT(4) faktor penubuhan Malaysia.
6. Berikan EMPAT (4) kesan darurat kepada kemerdekaan negara kita.
7. Nyatakan negara-negara yang memberi reaksi terhadap penubuhan Malaysia dan jelaskan secara ringkas reaksi-reaksi tersebut.
8. Berikan DUA (2) contoh isu yang menjadi masih menjadi konflik antara Malaysia dan Singapura.

SEMESTER KEDUA SESl 2006/2007

1. Nyatakan EMPAT (4) unsur tradisi yang terdapat dalam Perlernbagaan Malaysia.
2. Nyatakan EMPAT (4) elemen Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu.
3. Berikan LIMA (5) cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020
4. Jelaskan EMPAT (4) faktor pendorong kepada penubuhan Malaysia.
5. Berikan EMPAT (4) kesan darurat kepada kemerdekaan Negara.
6. Nyatakan reaksi negara-negara berikut terhadap penubuhan Malaysia dan jelaskan secara ringkas reaksi-reaksi tersebut.
(i) Singapura
(ii) Indonesia
(iii) Brunei
(iv) Britain


SEMESTER APRIL SESI 2008/2009

1. Nyatakan EMPAT (4) unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
2. Jelaskan EMPAT (4) faktor pendorong kepada penubuhan Malaysia.
3. Terangkan EMPAT (4) tujuan perlembagaan diwujudkan.
4. Berikan LIMA (5) cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020
5. Nyatakan EMPAT (4) jenis kernenterian yang wujud di Malaysia.
Sebagai seorang pelajar bagaimanakah anda boleh menyumbang kepada kejayaan dasar-dasar negara ? (4)


Soalan Esei (25 Markah)

SEMESTER OKTOBER SESI 2008/2009

1.  "Pilihanraya Umum Malaysia telah diadakan pada 8 Mac 2008. Ia adalah sebagai memenuhi tuntutan demokrasi di negara ini yang diasaskan kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan Malaysia"

Merujuk kepada kenyataan di atas, jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan kepentingan, matlamat dan proses pilihanraya di negara ini berdasarkan kehendak Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

2. "Perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia dikatakan hanya dapat dikekalkan dan dimantapkan jika semua kaum menerima hakikat sejarah dan realiti sosio-politik yang wujud di negara ini"

Berdasarkan kefahaman anda tentang "Kompromi Merdeka" dan prinsip "Quid Pro Quo", berikan satu analisis terhadap kenyataan di atas.

3. "Secara umumnya gerakan Imperialisme Barat ke atas negara-negara yang lebih mundur adalah lebih bertujuan untuk memanipulasikan segal a kepentingan ekonomi dan politik negara tersebut untuk keuntungan mereka semata-mata."

Bincangkan kenyataan di atas secara kritis.

SEMESTER APRIL SESI 2009/2010

1. "Matlamat 1 Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. "

Merujuk kepada kenyataan di atas, jelaskan dengan lebih lanjut cabaran ethnosentrisme dan nasionaIisme kepada idea "Satu Malaysia" terutamanya berkenaan kestabilan sosio-politik dan kemajuan ekonomi.

2. "Dasar Ekonomi Baru Satu Kegagalan "
Berdasarkan kefahaman anda tentang "DEB", berikan satu analisis terhadap kenyataan di atas menurut perspektif Malaysia pada hari ini.

3. " Penerimaan Sabah dan Sarawak kepada cadangan gagasan Persekutuan Malaysia merupakan satu rahmat kepada Persekutuan Tanah Melayu"

Berdasarkan kenyataan di atas sila bincangkan dari aspek sosial, politik dan ekonomi, mengapa pemimpin dan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan cadangan pembentukan sebuah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

SEMESTER JULAI SESI 2009/2010

1. Senaraikan unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan bincangkan dengan kritis kepentingannya dalam menjaga kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat negara ini.

2. Huraikan perjuangan Parti Perikatan dari tahun 1955 sehingga 1957.

3. Pada pandangan anda bagaimana slogan "1 Malaysia" mampu menjana perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara kita dengan lebih berkesan.
Jawapan anda perlu disertakan dengan contoh-contoh yangjelas.

SEMESTER OKTOBER SESI 2009/2010

1. Senaraikan unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan bincangkan dengan kritis kepentingannya dalam menjaga kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat negara ini.

2. "Matlamat 1 Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. "

Merujuk kepada kenyataan di atas, jelaskan dengan lebih lanjut cabaran ethnosentrisme dan nasionalisme kepada idea "Satu Malaysia" terutamanya berkenaan kestabilan sosiopolitik dan kemajuan ekonomi.

3. "Penerimaan Sabah dan Sarawak kepada cadangan gagasan Persekutuan Malaysia
merupakan satu rahmat kepada Persekutuan Tanah Melayu"

Berdasarkan kenyataan di atas sila bincangkan dari aspek sosial, politik dan ekonomi, mengapa pemimpin dan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan cadangan pembentukan sebuah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

SEMESTER JANUARI SESI 2010/2011

1. "Masyarakat Melayu tradisi merupakan teras kepada pembentukan sistem politik, ekonomi dan sosial Malaysia sekarang".

Bincangkan kenyataan ini berasaskan contoh-contoh yang sesuai.

2. Analisa kepentingan rancangan penubuhan Malayan Union 1946 yang telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih komprehensif dalam kalangan orang Melayu yang telah membawa kepada kemerdekaan Malaysia 1957.

3. Apakah yang anda faham mengenai negara bangsa? Pada pandangan anda, bagaimanakah rakyat di negara kita mampu dibentuk untuk menjadi satu "negara bangsa Malaysia (Malaysian nation-state)" di masa hadapan?

SEMESTER APRIL SESI 2010/2011

1. "Dasar Ekonomi Baru Satu Kegagalan "
Berdasarkan kefahaman anda tentang "DEB", berikan satu analisis lengkap terhadap kenyataan di atas menurut perspektif Malaysia pada hari ini.

2. " Peristiwa Darurat yang berlaku selama 12 tahun bennula dari 1948 hingga 1960 merupakan salah satu peristiwa pahit dalam lipatan sejarah kita. Ia mengorbankan 12,000 nyawa selain kerugian harta benda yang tak terhingga. Biarpun sudah lebih 60 tahun berlalu, Darurat tetap penting sebagai peringatan buat generasi masakini."

Merujuk kepada kenyataan di atas, jelaskan dengan lebih lanjut cabaran-cabaran dan pengajaran-pengajaran yang lahir dari peristiwa penting ini dan bagaimana ia dapat memberikan pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya tentang aspek mempertahankan kemerdekaan yang sedia ada.

3. "Penerimaan Sabah dan Sarawak kepada cadangan gagasan Persekutuan Malaysia merupakan satu rahmat kepada Persekutuan Tanah Melayu"

Berdasarkan kenyataan di atas sila bincangkan dari aspek sosial, politik dan ekonomi, mengapa pemimpin dan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan cadangan pembentukan sebuah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

SEMESTER JULAI SESI 2010/2011

1. Huraikan ciri-ciri utama masyarakat Melayu tradisi dari aspek politik, ekonomi dan sosial pada zaman kerajaan Melayu Melaka yang menjadi asas penting dalam negara kita kini.

2. "Perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia dikatakan hanya dapat dikekalkan melalui
pemahaman dan penerimaan oleh semua kaum terhadap hakikat perjalanan sejarah negara."

Bahaskan tajuk di atas.

3. Bincangkan mengenai peristiwa Darurat di Tanah Melayu 1948-1960 dan huraikan mengenai strategi "Perang Saraf" yang telah digunakan oleh pihak berkuasa bagi menumpaskan ancaman Parti Komunis Malaya (PKM).

SEMESTER OKTOBER SESI 2010/2011

1. Kenapakah Malaysia perlu membentuk sebuah negara bangsa?

2. Apakah kunci utama untuk memastikan perpaduan kaum di Malaysia tetap terpelihara?

3. Mengapakah gerakan penentangan awal orang Melayu terhadap penjajah Inggeris menemui kegagalan.

gravatar

Pass Year Quest SADN1033

2010-2011 (Januari)
2010-2011 (April)
2010-2011 (Julai)
2010-2011 (Oktober)

2009-2010 (Januari)
2009-2010 (April)
2009-2010 (Julai)
2009-2010 (Oktober)

2008-2009 (April)
2008-2009 (Julai)
2008-2009 (Oktober)

2006-2007/1
2006-2007/2

COMPILEDSADN1033-later

gravatar

Links to Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan STID1103 Slides (Senior)

Bab 1 : Pengenalan Teknologi Maklumat

Bab 2 : Pemprosesan Perkataan

Bab 3 : Lembaran Kerja

Bab 4 : Pengkalan Data

Bab 5 : Carta dan Rajah

Bab 6 : Grafik

Bab 7 : Aplikasi Persembahan

Bab 8 : Internet

Bab 9 : Laman Web


Credit to http://okt10kl.blogspot.com

gravatar

Links to Hubungan Etnik SADN1043 Slides (Senior)




gravatar

Links to Kenegaraan Malaysia SADN1033 Slides(Senior)



Bab 1 : Pengenalan Kepada Kenegaraan Malaysia

Bab 2 : Sistem Masyarakat Melayu Tradisional Sebagai Asas Pembinaan Negara

Bab 3 : Gerakan Penjajahan

Bab 4 : Nasionalisme

Bab 5 : Kemerdekaan Tanah Melayu

Bab 6 : Komunis dan Darurat Tanah Melayu

Bab 7 : Penubuhan Malaysia

Bab 8   : Perlembagaan Malaysia

Bab 9   : Jentera Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Malaysia

Bab 10 : Dasar-Dasar Kerajaan



Credit to http://okt10kl.blogspot.com

gravatar

BPM Program Structure